Pengikut

Jumaat, 29 April 2016

Apa Erti Kelabu di Mata?

Setiap kelabu di mata
Tak pernah tak cuba ungkai makna
Antara ragu dan tuduh melulu
Hati takut untuk tahu
Makna kelabu yang membatu

Setiap kelabu bukan seteru
Malah boleh jadi sahabat baru
Cuba kental hati siasat misteri
Cuba jadi berani untuk mengetahui
Sedang kelabu cuma tanda palsu
Antara kita dan kebenaran
Ia tanda kita "tidak berilmu"

Cuba fahami
Apa erti kelabu kamu?

S.syahmi
-Hsptl Manjung-

Isnin, 25 April 2016

Bersebabkan Apa

Bersebabkan cinta
Kita menduga definisi manusia
Sejauh mana keutuhan makna
Sejauh mana kuatnya ikatan
Antara sesama kita
Sesama manusia

Bersebabkan sayang
Kita diduga tanpa batas
Sejauh mana kesanggupan
Setinggi mana kemahuan
Untuk mencapai tujuan
Demi insan tersayang

Bersebabkan kita
Bernamakan manusia
Bertuankan hati
Bertuhankan Illahi
Kita duga segala jadi

-S.Syahmi-

Jumlah Paparan Halaman