Pengikut

Memaparkan catatan dengan label tuhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tuhan. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Oktober 2015

Semalam tertinggal suara

Seperti semalam
Aku tertinggal suara
Terselit antara celah malam
Aku lupa siapa sebenarnya juara
Yang lunak mengagungkan hina
Seperti esok
Akan hilang suara semalam
Sekali lagi dihentam malam
Dan kita semua tergamam
Mengaku bodoh dalam diam

Balasku pada juara;

"Kau ingat kau tuhan?"

Jumaat, 16 Oktober 2015

Doa yang terawal

Selebat mana turun hujan
Pasti pelangi mewarna di hujung
Sehebat mana dosa insan
Pasti insaf muncul di pencil ruang

Manusia namanya manusia
Bukan dewa, bukan tuhan
Mesti dosa terbina tanpa sengaja
Mesti pahala dicari walau mencuba
Tak endah mengejar sempurna
Tak lelah walau tak mulia
Azalinya manusia
Tercipta demikian rupa

Dan di malam suci
Kita buka hati demi lembaran baru
Moga dilupa apa yang lama
Kini cuba mencipta sejahtera
Isi dada dengan iman
Isi hati dengan zikir tak henti
Isi minda dengan tenang dunia
Isi peribadi dengan budi pekerti

Apa jua doa, moga makbul
Apa jua azam, moga jaya
Apa jua duka, moga lupa
Apa jua bahagia, moga kekal
Sehingga hujungnya
Insyaallah

-s.syahmi-
sajaksyafiqsyahmi.blogspot.com

Rabu, 7 Oktober 2015

Antara tuhan dan kita

Kita selam akal, cari kemanusiaan
Tak sedar kita gusar tanpa sebab
Kita lelah mencari definisi
Tak sedar ia sudah lama sebati
Bersimpuh kaki dalam hati

Kita cuba lerai satu-satu helai
Menduga mana lembaran usang
Kita gersang yang benar
Tak sedar ia lama hilang
Kabur antara lapis kemodenan

Berapa banyak dosa perlu dibina
Sedang kepuk pahala merata-rata
Kita asyik bertanya pada semua
Tak sedar jawapan tersedia lama
Terbenam
Dalam kelongsong hitam

Permata itu jiwa, kerdip sempurna
Terpampang segala untuk mata
Cuma tunggu kita menuntut hak
Sebagai hambaNya
Untuk menyembah yang Esa

Kita akan gagal mencari ILLAHI
Jika gagal mencari diri
Sebab tuhan
Sentiasa ada bersama kita

"Sedar atau tak sedar?"
Itu tanda tanya kita

Sabtu, 3 Oktober 2015

Pelukkan Itu

Suam dan hangat; kasih
Diam dan teringat; masih
Hati berpilin memuncak padu
Segala jiwa menjadi satu
Abadi dalam satu waktu

Diam
Jangan diluah walau secebis kata
Hayati tiap temu dan sentuh
Jamahkan syahdu
Hadamkan indah
Dan berdoa
Agar abadi ini
tak pernah sudah

Rindu
masih terbuku
Antara aku
Dengan Tuhan atau insan
Masih menunggu
Pelukan itu...

-S.syahmi-
-terpulang,nak dipeluk oleh siapa?-

Jumlah Paparan Halaman