Pengikut

Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Isnin, 9 November 2015

Senjata sambung sengketa

Tiap nyawa yang terusai
Adalah detik di waktu alam
Rona-ronanya ringkas di lalu
Secebik peluru menembus lalu
Laju mengambil nyawa pejuangku

Sehabis airmata yang diusir
Tinggal darah segalung diusung
Tetapi bukan untuk sesiapa
Akan jatuh ke tanah menjadi nanah
Hilang hanyut dalam sejarah

Setelah tiap nyawa disumpah
Hilang beza peluru dan hujah
Tiada makna pada kekata
Tinggal kita
Mengangkat senjata
Menyambung sengketa

-s.syahmi-

Jumaat, 9 Oktober 2015

Ingat rakyat

Selantang suaranya bergema
Cukup gemar membisukan kita
Amuk kan terbatas
Suara tak terlepas
Sedang kita berhempas pulas
Meneguk payah dan rimas

Lelah, tidak penatkah meningkah?
Sedang langkah semakin gundah
Seteru apa cuba dibikin
Kata kesat apa cuba digilap
Tidak lemaskah menelan ludah?

Dia terus berdansa, kaki tak lemah
Tetap bangga dabik dada bernanah
Tak sedar semua dah parah
Tunggu masa untuk musnah

Pesan pendita:
"Jangan lupa bangsa
Jangan lupa negara
Jangan lupa agama
Jangan lupa
Yang kita dulu
Pernah digelar mudah lupa"

Pesan rakyat:
"Ingat, Ingat, Ingat, Ingat, Ingat
Setiap darah dan keringat
Ingat, Ingat, Ingat
Siapa ikhlas berkhidmat
Ingat, Ingat
Sementara hanya duit dan pangkat
Ingat
Hakikat
Kita semua adalah rakyat"

Ahad, 4 Oktober 2015

Ujar Yang Benar

Ujar wiraku ujar
Ujarkan benar ,tak perlu sabar
Dia kan gusar, mana tak gentar
Biar, asal kau ujar yang benar

Garit noda dari tipu tak berjeda
Mana selar kau calit mukanya?
Sedang kesannya tak terpalit
Dan kau pula yang dihimpit?

Apa adil baginya, tutur sahaja
Terlontar hina bermakna dia terasa
Maka kau sinar dihalang pancar
Permainan dia keracunan dunia
Menolak desak takut hilang puncak
Selesai guna simpan dalam kotak!

Ujar wiraku ujar
Biar dia gentar, biar dia gusar
Biar dia rombak pejabat rosak
Biar
Asal kau ujar yang benar

-s.syahmi-
sajaksyafiqsyahmi.blogspot.com

Khamis, 17 September 2015

Aku menteri terpaksa sudi!

Aku menteri terpaksa sudi
Dengan monarki yang tak duli
Tak bicara selagi dia bertakhta
Sengaja pekak bila diteriak
Sengaja buta tanpa ditanya

Bukan tak dengar rakyat bersuara
Bukan tak nampak rakyat diseksa
Namun dia raja, aku kulinya
Takut menentang nanti dibuang
Hilang pangkat hilang wang
Aduhai malang
Begitu senang nasibku dipegang...

Aku menteri tanpa mata,
Tanpa telinga, tanpa suara
Selagi dia di atas sana
Siapa aku kalau bukan kuncunya?
Sekadar patung di kerusi kosong
Pak turut terpaksa menyokong
Walau aku dan semua menteri lain
Tahu
Itu semuanya bohong...

Aku tak mahu
Menjadi menteri
Dengan membenarkan bohong

Aku tak mahu
Malaysiaku mati
dengan janji kosong

-s.syahmi-
-Mungkin isi hati seorang menteri-
-Selat Singapura, 16 Sep 15
1600H-

Ahad, 30 Ogos 2015

Semalam Bangsaku Sembang!

Semalam bangsaku sembang
Mereka tuntut negara gemilang
Tapi bila ajak turun ke padang
Bangsaku hilang!
Tenggelam dengan cuti panjang
Bersiar di taman bersenang lenang
Bermandi peluh mencari wang
Mata terpejam masih di ranjang
Atau tak kisah
tak peduli langsung
tentang masa depan
negara tersayang?

Nafsu bangsaku semu
Layu dalam setiap rayu
Dimana titik tolak kemajuan?
Kemana hilang erti kepimpinan?
Dimana simpan gersang kejayaan?

Bangsaku tak bernafsu!
Selagi luka bukan di muka
Selagi itu bangsaku bilang selesa!
Sehatikah bangsaku? Sejiwakah?
Kalau mengubah nasib pun tak mahu
Dabiknya cuma 'kami terseksa!'
Apa gunanya?

Bangsaku
Bila 'Gersang' itu hilang
Itu semangat juang yang terbang
Kenang bangsaku kenang
Bukankah pepatah "Takkan Hilang"
selama ini kita julang?

Aduhai bangsaku
Malang....

Jumaat, 28 Ogos 2015

Encik Merdeka ke?

Selamat pagi Encik!
Tumpang tanya,
Encik Merdeka ke?

Bukan apa Encik
tiap pagi Merdeka saya terjaga
Semalam yang nampak bunga api, pesta muda-mudi dan karnival sana sini,
Sekarang di TV ,kereta bunga dan (paksa)relawan mengarak diri
Katanya menghayati
..... Mana?

Begini Encik
Dulu kita berjuang mengarak panji
Jeritnya 'Merdeka!'
Semangatnya begitu berahi
Sekarang pun sama
Tapi dilaungnya 'Bersih!'

Aduhai...

Encik dah makan ke?
Jangan risau, makanan tiada GST
Cuma ada di barang2 harian
dan lain2 perkhidmatan
yang kita selalu gunakan

Encik nak melancong ke?
Jangan lupa tukar duit disini
Takut nanti  disana tak diterima
Kalau naik kereta isi minyak penuh2
Maklumlah, ada naik ada turunnya
Senang kata, simpanlah duit
Tapi jangan lupa masuk akaun sendiri!

Eh, janganlah marah Encik!
Saya minta maaf Encik
Saya bukan pro-pembangkang
Kerajaan bukan saya tak sokong
Saya cuma rakyat terkangkang!

Encik cuba fikir
Kalau merdeka lawannya dijajah
Apa salah saya membida hujah
Beza sekarang cuma cara dijajah
Dulu diluar sekarang didalam!

Sebab itu saya bertanya
Encik 'Merdeka' ke?

S.syahmi
28 ogos

Khamis, 28 April 2011

Lantangmu Yang Kosong

Hari ini
aku berdiri dihadapan pemimpin itu
dengan cuaca kusut dan hati yang serabut
aku berdiri diam disitu
mencabar kewibawaan palsunya dalam bisu

Dia mula bercakap
tentang idealis-idealis kusam yang lama
tersimpan berdebu dia penjuru pejabat
hebat,lebat dan penuh dengan kata-kata kesat
dia menggembur idealis itu kembali sarat

Bukankah bait dan ritma hujahmu sudah lama
mati dikambus bebal mentalitimu yang pemalas?

Biarkan
aku belum punya kuasa
belum punya suara
hanya menurut kata
dan ya,ya,ya
aku pak turut yang hilang segala
sudah terbuang semua
demi monarki dunia

Jumlah Paparan Halaman