Pengikut

Selasa, 1 Februari 2011

Apa erti hujan ini?

Hujan lebat telah menyedarkan aku
betapa indahnya alam ini
berdirinya kamu disisi melengkapkan lagi
sebuah mimpi yang dahulunya kekeringan

Dan hujan lebat mencurah kini
biarlah ia membasahi kita
walau sesejuk mana
biarlah ia meresapi kita
Sebab sejuknya sungguh bererti
sejuk adalah tanganku
sejuk adalah tanganmu
Ajaib!
pada hangat yang terasa
dalam erat genggam bersama

Lagunya bising air mencurah
dari langit tuhan curahkan
dan kita berdua berdiri dalam hujan ini
berpelukkan bersama
menghayati
merdu irama alam semulajadi

Apa ertinya perilaku sebegini
dilaman rumah kita sendiri
berbasah enggan berteduh
bersama alam kita cuba mencari erti
rezekinya penuh mengaliri bumi
cuma kita enggan menjamah makna
sombong menghindari maksud hidup di dunia

Sayang
hidup ini hanya sekali
demi tuhan dan demi orang tersayang
dan orang tersayangku ada disisi
bersama basah dalam hujan lebat ini

Biarlah hujan ini membasuh resah
membuang gelisah dan payah
dan esok mentari pasti berkilau lagi
hangatnya realiti yang perlu kita hadapi

Tiada ulasan:

Catat Komen

Jumlah Paparan Halaman