Pengikut

Isnin, 27 Jun 2016

Klise' Pungguk

Bulan
Tolong katakan
Apa benar malam
sekadar sentuhan
Apa benar siang
cuma di dakapan
Apa benar mentari
sekadar mengisi,
Apa benar engkau
sekadar pemandangan

Bulan
Apa benar rinduku
tak kenal malu
Apa benar kasihku
tak sampai situ
Dan apa benar dirimu
masih menunggu

Bulan
Tak terayu lolongan
Tak terjawab sahutan ini
Takkan kurayu engkau pergi
Selagi kau
Tak menjawab soal hati

- Takkan bosan pungguk merindukan bulan-

Kepincangan Rasa

Selewat usia muda
Seusai zaman remaja
Aku tercari makna dewasa
Aku tercari makna lelaki
Aku tercari rasa
Setelah dunia mengabur segalanya

Benar,
Cinta tak seindah baru dikenali
Sekarang lebih kepada mencari
Siapa yang sudi menjadi isteri

Benar,
Seronok tak seperti dulu dirasai
Sekarang lebih nak mengelak sunyi
Mengelak rasa keseorangan diri

Benar,
Lelaki bukan sekadar jantina
Sekarang dibeban tanggungjawab
Dunia bukan seindah mana

Benar,
Dulu rasa sentiasa bersama
Sekarang seperti gersang
Tertanya,
Apa erti kehidupan?

Aku keliru dengan makna
Antara dewasa, lelaki dan manusia
Tiada beza
Aku hilang segalanya

- Kematangan tak seindah dikhabarkan-

Jumaat, 24 Jun 2016

Ditembak Cinta

Kau pernah tertanya
Tara mana cintaku berleluasa
Menongkah segala sangsi
Menongkat semua menjadi saksi
Kau ku ikat di lapang sasar
Biar satu dunia tahu
Engkaulah sasaran!

Bukan metafora tanpa makna
Bukan audio sesedap rasa
Bukan video lakonan semata
Cinta megah ku dabik di dada
Terkumpul menjadi peluru cinta
Hanya untuk kau

"Tak terkuncup dengan dusta"

Jangan dicabar agungnya cintaku
Paling hebat selepas segala
Tentang tuhan dan keluarga
Terpendam terperap bukan rahsia
Menunggu mangsa
Untuk ditembak cinta berkuasa!

Jumlah Paparan Halaman