Pengikut

Isnin, 27 Jun 2016

Klise' Pungguk

Bulan
Tolong katakan
Apa benar malam
sekadar sentuhan
Apa benar siang
cuma di dakapan
Apa benar mentari
sekadar mengisi,
Apa benar engkau
sekadar pemandangan

Bulan
Apa benar rinduku
tak kenal malu
Apa benar kasihku
tak sampai situ
Dan apa benar dirimu
masih menunggu

Bulan
Tak terayu lolongan
Tak terjawab sahutan ini
Takkan kurayu engkau pergi
Selagi kau
Tak menjawab soal hati

- Takkan bosan pungguk merindukan bulan-

Kepincangan Rasa

Selewat usia muda
Seusai zaman remaja
Aku tercari makna dewasa
Aku tercari makna lelaki
Aku tercari rasa
Setelah dunia mengabur segalanya

Benar,
Cinta tak seindah baru dikenali
Sekarang lebih kepada mencari
Siapa yang sudi menjadi isteri

Benar,
Seronok tak seperti dulu dirasai
Sekarang lebih nak mengelak sunyi
Mengelak rasa keseorangan diri

Benar,
Lelaki bukan sekadar jantina
Sekarang dibeban tanggungjawab
Dunia bukan seindah mana

Benar,
Dulu rasa sentiasa bersama
Sekarang seperti gersang
Tertanya,
Apa erti kehidupan?

Aku keliru dengan makna
Antara dewasa, lelaki dan manusia
Tiada beza
Aku hilang segalanya

- Kematangan tak seindah dikhabarkan-

Jumaat, 24 Jun 2016

Ditembak Cinta

Kau pernah tertanya
Tara mana cintaku berleluasa
Menongkah segala sangsi
Menongkat semua menjadi saksi
Kau ku ikat di lapang sasar
Biar satu dunia tahu
Engkaulah sasaran!

Bukan metafora tanpa makna
Bukan audio sesedap rasa
Bukan video lakonan semata
Cinta megah ku dabik di dada
Terkumpul menjadi peluru cinta
Hanya untuk kau

"Tak terkuncup dengan dusta"

Jangan dicabar agungnya cintaku
Paling hebat selepas segala
Tentang tuhan dan keluarga
Terpendam terperap bukan rahsia
Menunggu mangsa
Untuk ditembak cinta berkuasa!

Ahad, 15 Mei 2016

Lirik: Cintaku abadi

Dulu kau di hati
Bertakhta di hatiku
Diiring lagu
Lagu hatiku

Bridge:
Kalau hati bergetar kerna kau puncanya maka biarkan sinarnya selamanya

Kini kau tiada
Di dalam hati
beredar kau pergi
Tinggal ku sendiri

2nd bridge:
Dan hati masih bergetar kerna kau puncanya maka kekal sinarnya selamanya

C/o:
Mengapa hati berahi sedang kau tiada lagi?
Mengapa nafasku tidak terhenti di langkahmu pergi?
Ku serah semua
Pada Illahi

Baru ku sedar
Kau bukannya sinar itu
Ianya dariku
Sinaran itu aku

3rd Bridge:
Dan terus bergetar kerna aku sebenarnya sumber sinarnya akan kekal sinarnya selamanya

2nd c/o:
Mengapa hati berani untuk bercinta lagi?
Mengapa nafasku laju diwaktu engkau pergi?
Kuserah semua
Pada illahi

3rd c/o:
Mengapa nadi mengalirkan cinta abadi?
Mengapa nafasku tidak selaju cintaku?
Kuserah semua
Pada illahi
Kuterus berdoa
Pada illahi

Agar cintaku terus abadi

Rabu, 11 Mei 2016

Kau Bintang Jalang dan Mentari Gampang

Antara bintang siang dan mentari malam
kita selalu menduga apa kutuk katanya
antara sahabat, cinta dan musuh
sering tertanya fizikal hubungan itu
kelabu dalam definisi celaru

Sembilu lekat ngilu di hati
tercapai mentaliti untuk tafsir duniawi
terbantu hasrat ketika mengenal diri
lebih tepat, "sedar diri"!

Bukan merendah bukan meninggi
aku mungkin segala cuma bukan sesiapa
cuma nama tak bernama
atas dasar panggilan sahaja
kadang terfikir
Dimana maruah yang aku dakap selama ini?

Seterusnya ini membawa kepada kelayakkan
antara aku, kau dan aku
sememang tak tercapai kehendak kau
sebab itu aku samakan kau dengan bintang siang
sumber cahaya tenang yang hilang dipandang
sebab itu aku samakan kau dengan mentari malam
membakar orang yang rayu ketenangan

Kutafsir kau senang 
Kau bintang jalang!
Kau mentari gampang!

-S.Syahmi-

Jumaat, 29 April 2016

Apa Erti Kelabu di Mata?

Setiap kelabu di mata
Tak pernah tak cuba ungkai makna
Antara ragu dan tuduh melulu
Hati takut untuk tahu
Makna kelabu yang membatu

Setiap kelabu bukan seteru
Malah boleh jadi sahabat baru
Cuba kental hati siasat misteri
Cuba jadi berani untuk mengetahui
Sedang kelabu cuma tanda palsu
Antara kita dan kebenaran
Ia tanda kita "tidak berilmu"

Cuba fahami
Apa erti kelabu kamu?

S.syahmi
-Hsptl Manjung-

Isnin, 25 April 2016

Bersebabkan Apa

Bersebabkan cinta
Kita menduga definisi manusia
Sejauh mana keutuhan makna
Sejauh mana kuatnya ikatan
Antara sesama kita
Sesama manusia

Bersebabkan sayang
Kita diduga tanpa batas
Sejauh mana kesanggupan
Setinggi mana kemahuan
Untuk mencapai tujuan
Demi insan tersayang

Bersebabkan kita
Bernamakan manusia
Bertuankan hati
Bertuhankan Illahi
Kita duga segala jadi

-S.Syahmi-

Khamis, 31 Mac 2016

Embun

Dikisahkan embun
Wujudnya dari berahi malam dan cumbu bulan digamit sayang
Terlahirnya embun
Di pangkal daun pohon rimbun
Dia
Tertanya-tanya kemana alirnya

Sedang dia, embun baru dititis
Tatihnya masih di pangkal daun
Dan hujungnya tak kelihatan
Pasti keliru
Serampang urat daun berselirat
yang mana patut dia lalui

Sampaikah hatimu berkata
"Akan datang mentari tengahari
Itu bahang dunia, akan membakar hingga wap semuanya"
Sedang embun leka bersahaja
Melayan pagi dengan mesra
Tanpa sedar apa bakal menimpa

Ingat embun ingat
Datang tengahari bersama mentari
Itu realiti kau tak boleh lari
Simpan semangatmu embun

Moga sampai ke senja
Lalu hilang bersama kabus malam
Dan meninggalkan embun baru
Meneruskan legasi embun
Di pangkal daun pohon rimbun
Di rimba kehidupan dan keduniaan

Jumaat, 11 Mac 2016

Di astaka hati, mencari lagu naluri

Di astaka hati
Dimana terpupuk naluri insani
Kita diduga mentari duniawi
Tanpa kenal maksud
Kita cuba untuk menegur kenal

Tak suai tak usai usaha tersia-sia
Sedang diri di hujung hari
Masih perlahan meniti
Masih tak sedar diri

Astaka kusam tak berlagu
Telah hilang suara
Telah dilupakan kekata liriknya
Telah kekok intonasinya

Sunyi
Tanpa lagu
Tanpa mengenal diri
Dan astaka hati
Kempunan melodi
Lagu ringkas siapa diri ini

S.syahmi
Dalam bas seorang diri

Khamis, 10 Mac 2016

Bohong dan hati mati

Pembohongan terbesar selalunya bukan daripada musuh apatahlagi sahabat. Bukan daripada bicara ahli politik atau bisikkan kekasih tetapi yang lebih rapat dan dekat.

Hati.

 Selalu  ikut kata hati, buat apa pun sesuka hati. 

Mati tak terasa ikut hati?
Kalau hati mati?
Sebab tak percaya semua lagi?

Jumlah Paparan Halaman