Pengikut

Isnin, 14 November 2011

Dimana kau letak hati dalam hari?

Kukucup bibir pagi
basah embun dan suam mentari
masih jelas rindu yang bersaki-baki
tentang bulan yang yang sedang beradu
tentang pungguk mencari dengkur
tentang bintang hilang dikejora
tentang sayang yang mula dibina
tentang kekasih yang berpeluk masih

Kita kelabu dalam pagi
masih lagi dalam gelap malam
walau mentari tegar menyiram
masih terasa hantukan bantal
masih terkenang mimpi bujang gersang
masih terfikir rindu bayangan
masih lagi berangan
"kalaulah semalam aku berpasangan..."

Kita semua insan
masing-masing berbin dan binti
paling tidak nama keluarga atau 'anak kepada'
sering terikat pada jadual dunia
sering lupa dalam hidup kita
tentang rutin alam
antara siang dan malam
pagi,tengah hari dan petang
senja dan subuh
dan hari-hari yang berlabuh
cuba kau tanya pada diri
Dimana kau letak hati dalam hari?


-S.Syahmi-
-Upnm,Kem sg.besi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman