Pengikut

Selasa, 17 Julai 2012

Tentang Sebentuk Senyuman

 puisi kontemporari ni khas untuk si dia ;)


Insan sering membida rupa
siapa paling jelita antara semua
ada cakap wajah bak rembulan
bibir bak delima,rambut ikal mayang,
pipi pauh dilayang, lehernya jinjang,
tubuhnya gebu, matanya bintang
Aduh!
hiperbola tak berjeda selagi insan berbahasa

Tetapi bagi aku
kau adalah kau
tak perlu diksi diskripsi lagi
tak perlu ku terjun ke dalam kamus
tuk mencari kata erti dirimu
malah kalau boleh
aku ingin daftar namamu
dengan definisi sendiri
'Namamu' bererti 'Namamu'

Dan
bila direnung 'namamu'
terpapar legap imejmu
projektornya hati
layarnya mimpi
raut kuduga takkan salah
wajah itu kecil dan comel
tanpa perlu berkata
ia menjadi bentuk
sebuah senyum yang lama kucari

Penghargaanku bukanlah pada senyumanmu
kehadiranmu sudah cukup sarat ditanggung puasku
terima kasih
kerana membuatku tersnyum sendiri



-s.syahmi-
-menyulam rindu-

Rabu, 11 Julai 2012

Jatuh Dipapah

Jatuh satu terkalih arah
dipapah kasih berserah seluruh
dipimpin kemana tidak ditanya
hanya mengharap nasib semata
kalau dipapah seloroh
halanya tidak senonoh
kalau dipapah megah
anggap terubat hati yang patah

Jatuh kedua?
pasrah



-s.syahmi-

Rabu, 4 Julai 2012

Seringkali hati tak mengerti

 lirik tanpa lagu ini khas untuk siapa2 yg nak ambil lirik nih tuk dijadikan lagu, ambil jek, takde copyright ingfringement pun, haha

 
Sering hati jadi kuli
pada realiti yang tak izin bermimpi
dan kita jadi lali menipu diri sendiri

pada dia yang mengait mimpi
dari benang angan dan fantasi
mengharap sesuatu yang tak pasti
dan terus mengharap menanti

c/o
hati ini takkan mengerti
selagi kau belum kumiliki
selalu tertanya
masih mungkinkah terjadi?
biarpun kau takkan kembali~

biar aku berjalan sendiri
tepi kakilima
mengutip angan yang berkecai
telah ku terima
yang kau takkan kembali



-s.syahmi-

Selasa, 6 Mac 2012

Tentang Rinduku


Bagaimana bisa aku terus diam
Kalau ini semua tak terbalas
Bagaimana bisa aku terus diam
Kalau ini semua tak tertahan…

Engkau…
Yang ada di sana, yang dimana
Tahukah kau jika aku tulis ini
Tulis tentangmu, tentang rindumu

Engkau…
Pernahkah juga menyambut rinduku
Walau hanya dengan senyum
Tanpa harus kau ucap kata penyambutan

Engkau…
Yang ada dimana
Ketahuilah aku terus merindumu
Ketahuilah aku terus menantimu kembali
Kembali bersama seperti waktu itu
Waktu yang penuh canda dan bunga
Waktu yang berlalu dengan indah
Waktu yang selalu terkenang

Tuhan..
Sampaikan padanya
Tentang rinduku
Tentang rindunya yang selalu kutunggu
Tentang rindunya, Tuhan

             - S.F.N -
- the centre of the earth-

Ahad, 22 Januari 2012

Kalau Sayang Lompat


Sayang
kalau sayang lompat
sayang lompatlah tinggi-tinggi
biar lagi tinggi dari abang
biar abang jadi tempat sayang berdiri

Sayang
kalau sayang lompat
sayang lompatlah dengan berhati-hati
kalau terhantuk abang tahan siling
kalau terjatuh abang tahan berbaring

Sayang
kalau sayang lompat
sayang lompatlah tinggi-tinggi
biar lepas abang pun tak mengapa
abang sanggup tunduk kalau tak lepas
abang sanggup duduk kalau masih tak lepas
 
Sayang
kalau sayang dah lompat
sayang dah berdiri atas abang
sayang dah jauh tinggalkan abang 

Sayang tak lupa abang bukan?




-S.Syahmi-
-Upnm,Sg.besi-

Selasa, 17 Januari 2012

Antara bintang jalang dan mentari gemilang

Ku tertangkap kasih
terkalih mimpi membingkis realiti
kupunya hajat manusia sejati
sebaik-baik insan berdiri
aku mahu menjadi lebih bererti

Ku olah bayang-bayang dosa
gelap menyikat ubun-ubun usia
semalam kutafsir malam
yang kucari adalah siang
dan kau sayang
kutafsir kau sebagai pagi gemilang

Kerdip-kerdip bintang dimalam
kini kutahu wujudnya beribu bintang
jelas terang dibentang kelam
wujudnya beribu bukan?
kontaradiksi siang
mentari itu satu
hakikatnya kau satu
hakikatnya tuhan itu satu
hakikatnya siang itu terang
dan malam itu kelam
kerana bintang-bintang jalang
dan mentari yang gemilang

Kutahu teriknya mentari disiang
lalu kuberhajat tuk mengucupnya disenja
sebelum siang berakhir
sebelum malam menjelang

-S.Syahmi-
-Upnm-

Jumlah Paparan Halaman