Ku tertangkap kasih
terkalih mimpi membingkis realiti
kupunya hajat manusia sejati
sebaik-baik insan berdiri
aku mahu menjadi lebih bererti
Ku olah bayang-bayang dosa
gelap menyikat ubun-ubun usia
semalam kutafsir malam
yang kucari adalah siang
dan kau sayang
kutafsir kau sebagai pagi gemilang
Kerdip-kerdip bintang dimalam
kini kutahu wujudnya beribu bintang
jelas terang dibentang kelam
wujudnya beribu bukan?
kontaradiksi siang
mentari itu satu
hakikatnya kau satu
hakikatnya tuhan itu satu
hakikatnya siang itu terang
dan malam itu kelam
kerana bintang-bintang jalang
dan mentari yang gemilang
Kutahu teriknya mentari disiang
lalu kuberhajat tuk mengucupnya disenja
sebelum siang berakhir
sebelum malam menjelang
-S.Syahmi-
-Upnm-
waaaaa...terbaik~~
BalasPadam