Pengikut

Jumaat, 16 Oktober 2015

Doa yang terawal

Selebat mana turun hujan
Pasti pelangi mewarna di hujung
Sehebat mana dosa insan
Pasti insaf muncul di pencil ruang

Manusia namanya manusia
Bukan dewa, bukan tuhan
Mesti dosa terbina tanpa sengaja
Mesti pahala dicari walau mencuba
Tak endah mengejar sempurna
Tak lelah walau tak mulia
Azalinya manusia
Tercipta demikian rupa

Dan di malam suci
Kita buka hati demi lembaran baru
Moga dilupa apa yang lama
Kini cuba mencipta sejahtera
Isi dada dengan iman
Isi hati dengan zikir tak henti
Isi minda dengan tenang dunia
Isi peribadi dengan budi pekerti

Apa jua doa, moga makbul
Apa jua azam, moga jaya
Apa jua duka, moga lupa
Apa jua bahagia, moga kekal
Sehingga hujungnya
Insyaallah

-s.syahmi-
sajaksyafiqsyahmi.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman