Pengikut

Khamis, 17 September 2015

Aku menteri terpaksa sudi!

Aku menteri terpaksa sudi
Dengan monarki yang tak duli
Tak bicara selagi dia bertakhta
Sengaja pekak bila diteriak
Sengaja buta tanpa ditanya

Bukan tak dengar rakyat bersuara
Bukan tak nampak rakyat diseksa
Namun dia raja, aku kulinya
Takut menentang nanti dibuang
Hilang pangkat hilang wang
Aduhai malang
Begitu senang nasibku dipegang...

Aku menteri tanpa mata,
Tanpa telinga, tanpa suara
Selagi dia di atas sana
Siapa aku kalau bukan kuncunya?
Sekadar patung di kerusi kosong
Pak turut terpaksa menyokong
Walau aku dan semua menteri lain
Tahu
Itu semuanya bohong...

Aku tak mahu
Menjadi menteri
Dengan membenarkan bohong

Aku tak mahu
Malaysiaku mati
dengan janji kosong

-s.syahmi-
-Mungkin isi hati seorang menteri-
-Selat Singapura, 16 Sep 15
1600H-

Ahad, 13 September 2015

Apa gunanya


Esok
Aku harap
Aku masih boleh tersenyum
Ketika aku masih meneka rasa
Masih teragak semua deria
Masih keliru dengan kata dua

Pada cinta ku tambat setia
Balasan ku cuma seksa
Dan derhaka

Pada rindu ku panjangkan selalu
Dibalas tanpa endah
Dan gelisah

Apa gunanya
cinta segunung
Rindu selaut
Kalau kasih tak bertaut

Apa gunanya
ku cipta sajak untukmu
Kalau kau bukan milikku

S.syahmi
-pada cinta yang x kesampaian-

Cinta datangnya menerjah!

Cinta bukan mudah
Bukan boleh disua ke tiap muka
Cinta bukan boleh paksa
Bukan main campak dalam dada
Tapi kadang-kadang terpaksa
Walau raga terseksa!

Jiwa kau sombong dari rasa
Katamu 'lone ranger'
Ego bebal konon menyangkal
Tak sabar aku nak gelak
Bila kau dihempuk tongkat cinta!

Kalau dah kena hempuk
Rindunya bukan main bisa
Macam hisap dadah
Indah tetapi parah!
Pasrah!

Kau sedia? tak sedia?
Ada cinta kisah ?
cinta tetap datang menerjah
Sebab cinta datang tak bagi salam!

Sesuatu kita panggil ruang

Ruang
Tak semestinya di hati orang
Kita mula dengan diri sendiri
Sekadar tempat berfikir dan motivasi
Sebelum diadaptasi menjadi lebih tinggi
Kita luangkan dulu untuk illahi
Baru berkat hidup dan mati

Ruang ada banyak

Ruang di hati
Tentang rasa dan peribadi
Ruang di Minda
Tentang ilmu dan makna
Ruang di dunia
Tentang harta dan masa
Ruang di jiwa
Tentang cinta dan agama
Jadi cari mana pilihan
Mana lapang kau tafsir ruang?

Emas, berlian dan jutaan wang
Kiranya enteng pada pandangan
Nilainya ringan pada bandingan
Bila taranya sesuatu lebih berharga
Sesuatu yang boleh kita panggil
ruang
Sesuatu yang boleh diisi
ketenangan

Selasa, 8 September 2015

Apakan daya

                             Berat ujung mata
         Nak pejam pun tak larat
Kalau boleh nak lari dari realiti
                    Kejam
   nak hidup di fantasi
        nak tidur dalam mimpi
            nak lari dalam mimpi
     nak bawa diri jauh dari duniawi
J a u h   dari                            realiti
                       Tetap kejam!
            Bila kaki terpasak tenggelam

                     Hidup tak indah
             Semua redha dan redah
       Semua tuhan bagi
Nikmat dan dugaan datang sekali
                  Nak senang
                        mati!
         Tapi hidup pula hanya
                      sekali!
            Mana lagi nak pergi
           Kalau tangan dah diikat
      Dipasung ketat ke lantai langit

         Jadi manusia
    Realiti hakikat
          Mimpi muslihat

                   Apakan daya
       Kaki dipasak ke bumi
                   Tangan diikat ke langit

Isnin, 7 September 2015

Oops! Jangan lupa hati !

Kalau hati boleh mencarut
Apa agaknya dia nak mengarut?

"Wei mangkuk!
Kenapa kau bercinta lagi?
Aku semput,luka tak sempat balut
Seringkali ditampal dengan kalut
dan kau berani lagi nak melalut?"

Aduhai hati
Cinta datang bukan boleh beli
Kalau datang,ia dari illahi
bukan hak aku nak menafi
Lebih-lebih lagi aku lelaki!

Bersabarlah wahai hati
Sehingga ku jumpa cinta sejati
Jasamu menahan rasa dan sakit
Takkan dilupa sampai akhir nanti
Tak mati walau luka berkali-kali!
Tetap berani tuk bercinta lagi!

Berani, ya, itu aku
Walau ku terjah semberono bodoh
Walau ku redah gelojoh berseloroh
Tetapi mana tahu, itu jodoh!

S.syahmi
Melayan hati

Sabtu, 5 September 2015

Soalan antara malam dan pagi

Antara malam dan pagi
Di celah celik dan mimpi
Definisi identiti muncul sendiri
Adakah sedar membenarkan?
Atau lebih rela jahil membutakan?

Antara malam dan pagi
Lebih-lebih lagi hari sebegini
Adakah dosa yang dihirup
Atau iman yang disedut?

Antara neon, mana paling terang?
Lampu lip-lap di kelab malam
Lampu jalan rempit berkeliaran
Lampu kelam dua orang tak diam
atau Lampu picit membaca Quran?

Ketika malam ditolak senja
dan pagi menarik talinya
Sayang,sekadar dipancung siang
Tak pernah matang
Tak pernah kenyang
Sekadar hilang dan muncul semula
Di antara malam dan pagi
Ia abadi

S.syahmi
sajaksyafiqsyahmi.blogspot.com

Jumaat, 4 September 2015

Jangan lupa setiap tangan dan kaki

Aku tak lupa setiap tangan
Yang menolak dengki
Melempar hina di mata

Tak lupa setiap tangan
Yang menyambut hulur
Mengangkat diri tiap sungkur

Tak lupa setiap tangan
Yang bertepuk sorak
Merai tiap jaya

Juga

Aku tak lupa setiap kaki
Yang menambak aku berdiri
Beri makna sebagai lelaki

Tak lupa setiap kaki
Yang memijak henyak
Bersama maki di tapak

Tak lupa setiap kaki
Yang meneman setiap langkah
Walau senang atau payah

Jangan  dilupakan
Pada setiap kaki
Pada setiap tangan
Pada setiap hati...

Khamis, 3 September 2015

Dihentak pagi, sejuta doa dan rezeki

Kita melayan tenang semasa
Yang timbul dari embun pertama
Kita akur dalam dengkur
Lena tanpa tempur
Kita melayan pagi dalam seloroh
Mengarit perasaan dengan ingkar
Menjamu nafsu tanpa jemu

Kita sering bertanya dimana
Letaknya hati dalam pagi
Adakah di dingin subuh temu illahi
Atau di iring mentari datang rezeki
Atau sebelum terik, tika keringat
Turun mencarik semangat

Pagi, terpanjat sejuta doa insani
Antara retak cermin
dan rentak mimpi
Kita dihentak pagi
Tuk mencari definisi diri

S.syahmi
Salam lewat pagi
Tg.gelang, kuantan

Selasa, 1 September 2015

Sudi?

Ku iringkan senyum ,senyap
Lafazku lapang ditangkap kejutmu
Menjadi bisik gagap di bibir lesu
Ku tak dapat tafsir nahu kelu
Apa kau malu? Tak tercari kata?
masih tersekat? terpinga-pinga?

Aduhai sayang
Nyatakan jawapanmu
Nafaskan mahumu
Benarkah sudi atau menafi
Hati jangan dibiar berteka-teki
Jangan dibiar api bermain sendiri
Kelak aku terbakar seorang diri!

Benar sayang benar
Apa ku ucap itu yang kau dengar
Tak perlu ku ulang ajakku sayang
Jujur hati jangan dipersoal
Niat suci jangan disalah erti
Cinta agung jangan dibiar hilang
Sebab itu kutanya dengan lantang!

Jawablah sayang
"Sudikah Sayang menjadi isteriku?"

Jumlah Paparan Halaman