Dia berlindung di balik gelap
bertafakur khusyuk dalam relau pemikiran
dia enggan bersinar
dia enggan berkilau
dia mahu dunianya kelam
dan dia tenggelam dalam diam
Dia enggan membiar sinarnya memancar sesiapa
bimbang silaunya merosakkan mata
dia tidak mahu melukai lagi
dia tidak mahu menanggung silap lagi
Biarkan dia dalam kelam
biarkan dia duduk diam-diam
-S.syahmi-
-Sg.besi-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan