Pengikut

Isnin, 29 Ogos 2011

Kelibat dan Mawar Mati

(i)
Kau kelibat keseorangan
bersama ribut perasaan
datang menyemai
sekuntum mawar mati


(ii)
Terima kasih harapan
kerana memberi sebuah sandaran
sebatang tiang untuk berpegang
menghibur hati dalam takafur gersang
 

Sekelibat melayang menjauhkan diri
terbit titip tanya dari kosa kata
Kenapa kelibat itu pergi?
Kenapa kelibat membisu?
Kenapa kelibat itu
meninggalkan sebentuk hati
yang palsu?
 

Kau kelibat keseorangan
bersama ribut perasaan
pergi
bersama sekuntum mawar mati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman