Antara pergi dan kembali
Antara benci dan tak sudi
Kenapa datang lagi
Sedang hati duli tak lagi
Sekat bagai kahak pekat
Kata maki di mulut tersumbat
Kerana kau sayang
Tak mampu ku cerca selagi kucinta
Tak mampu ku hina ditentang mata
Kerna kau sayang
Di hati masih bertakhta
Diriku dikerat kau masih mampu
tersenyum girang ,katamu lucu
Kau melihat ku terus ke mata
Dan terus menerkam ke dalam jiwa
Kau pasung hatiku mati
Kau hina definisi aku sebagai lelaki
Antara kembali dan pergi
Masih ada sudi dan lapang hati
Kini kau datang lagi
Kononnya kini kau peduli
Kisahnya aku
Yang sudi ditipu lagi
S.syahmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan