Pada pagi ini
Seolah noktahku dilanggar lari
Seribu kenangan sebu menyerbu
Padu dan tepu
ia mendak di dasar hati
Membongkah sauh memori
Membawa hanyut diri ini
Ke muara cinta kita berdua
Luka lama kasih dan manja
Agakku sekarang kau bukan begitu
Kau kelam dengan cahaya baru
Lena berpelukan, bukan denganku
Asal bahagia, itu yang kau mahu
Airmata mengalir sunyi
Kepala di bantal bangun tak sudi
Kupaksa pejam mataku kembali
Mungkin bangunku tengahari
(Tetapi hati kusamku berdoa,
Moga tak bangun lagi)
Sambil mengesat airmata
Aku menyumpah pagi yang derhaka
S.syahmi
Selamat pagi, 28 ogos 2015
Pu. Tioman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan