Pengikut

Isnin, 24 Ogos 2015

Monolog: aku dan definisi cinta

Cinta?
......
5 minit terdiam terpejam mata,
Ku terkam makna dalam setiap cerita,
Ada airmata, ada ketawa, ada luka,
Ada darah, ada seksa, ada bahagia,
Ada lapar, ada dahaga, ada bersama, ada terasing, ada dimana-mana, ada tak jumpa, ada tak sedar, ada tak rasa, ada yang perasan,
ada masih sepi walau bersama,
Ada Indah.Ada Duka.

Lalu aku sebagai penulis,dengan musykilnya bertanya
'Bro, boleh kasi tau makna cinta?'

Kenapa kau kata?

Kalian kata cinta itu bahagia, sedang kau menangis kerana dia
Kau tak kisah perangainya macam mana, janji tetap bersama
Bagimu dia dunia, bagimu dia baginda
Ironi, pusing belakang cerita yang sama
Kau janji setia, tetapi kau cari dua,
Kau pujuk manja, lain masa biar saja
Kau puja macam tuhan, tapi layan macam syaitan!

Runsing dan pening,
Bingung dan termenung,
Kuberi tafsir ringkas
'Cinta adalah segalanya'
Betul? Salah?
Entah...

Jadi boleh aku bertanya lagi sekali?
'Bro,boleh kasi tau makna Cinta??'

S.syahmi
24 ogos 15
Johor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman