Selamat pagi Encik!
Tumpang tanya,
Encik Merdeka ke?
Bukan apa Encik
tiap pagi Merdeka saya terjaga
Semalam yang nampak bunga api, pesta muda-mudi dan karnival sana sini,
Sekarang di TV ,kereta bunga dan (paksa)relawan mengarak diri
Katanya menghayati
..... Mana?
Begini Encik
Dulu kita berjuang mengarak panji
Jeritnya 'Merdeka!'
Semangatnya begitu berahi
Sekarang pun sama
Tapi dilaungnya 'Bersih!'
Aduhai...
Encik dah makan ke?
Jangan risau, makanan tiada GST
Cuma ada di barang2 harian
dan lain2 perkhidmatan
yang kita selalu gunakan
Encik nak melancong ke?
Jangan lupa tukar duit disini
Takut nanti disana tak diterima
Kalau naik kereta isi minyak penuh2
Maklumlah, ada naik ada turunnya
Senang kata, simpanlah duit
Tapi jangan lupa masuk akaun sendiri!
Eh, janganlah marah Encik!
Saya minta maaf Encik
Saya bukan pro-pembangkang
Kerajaan bukan saya tak sokong
Saya cuma rakyat terkangkang!
Encik cuba fikir
Kalau merdeka lawannya dijajah
Apa salah saya membida hujah
Beza sekarang cuma cara dijajah
Dulu diluar sekarang didalam!
Sebab itu saya bertanya
Encik 'Merdeka' ke?
S.syahmi
28 ogos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan