Pengikut

Jumaat, 9 Oktober 2015

Ingat rakyat

Selantang suaranya bergema
Cukup gemar membisukan kita
Amuk kan terbatas
Suara tak terlepas
Sedang kita berhempas pulas
Meneguk payah dan rimas

Lelah, tidak penatkah meningkah?
Sedang langkah semakin gundah
Seteru apa cuba dibikin
Kata kesat apa cuba digilap
Tidak lemaskah menelan ludah?

Dia terus berdansa, kaki tak lemah
Tetap bangga dabik dada bernanah
Tak sedar semua dah parah
Tunggu masa untuk musnah

Pesan pendita:
"Jangan lupa bangsa
Jangan lupa negara
Jangan lupa agama
Jangan lupa
Yang kita dulu
Pernah digelar mudah lupa"

Pesan rakyat:
"Ingat, Ingat, Ingat, Ingat, Ingat
Setiap darah dan keringat
Ingat, Ingat, Ingat
Siapa ikhlas berkhidmat
Ingat, Ingat
Sementara hanya duit dan pangkat
Ingat
Hakikat
Kita semua adalah rakyat"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman