Pengikut

Jumaat, 9 Disember 2011

Airmata didada

Cinta ini berbau sedih
perit hidung hiba kuhidu
kucium bau sendu basah
mari
kukesat airmata yang masih mengalir

Ah!
dakapan ku terasa hangat
dengan kau dalam pelukan
cukuplah sayang cukuplah airmata
tak perlu kau basahi dadaku dengan ia
basah dimatamu darah dihatiku

Gusar hati seorang lelaki
bila airmatamu itu
puncanya aku



-S.Syahmi-

1 ulasan:

  1. air mata itu ingin ku tahan
    namun benteng musnah dek dugaan
    ku lalui saat ini bersama mu dulu tapi kini
    aku tgl sndr...

    hati lelaki yg gusar
    tp hati wanita kecil ku menangis
    suci air mata ku jatuh ke bumi
    apa kau tahu apa di hati ini

    june jj

    BalasPadam

Jumlah Paparan Halaman