Pengikut

Isnin, 5 Disember 2011

Kucuba Bintang-bintangmu Satu Persatu

Kumasih keliru
dengan cahaya beribu-ribu
dimana antara gemerlap bintang
yang mana satu akan ditekap?
dimana antara terang bintang
yang mana menyuluh tenang?

Kuhanya berharap yang terbaik
lalu kucuba bintang itu satu-persatu
dan malam sering cemburu
pemandangan aku dan bintang bercumbu

Hati semuanya bersatu
dalam lagu dan tarian biru
canda syahdu antara bintang dan aku
Maaf malam
kan kuterus cuba bintang-bintangmu satu persatu
sehingga kujumpa bintang milik aku!

-S.Syahmi-
-Kem sg.besi-

1 ulasan:

Jumlah Paparan Halaman