Selamat pagi semua!
salam daku meninggalkan keluarga dirumah
pergiku mencari rezeki
rezeki yang halal
untuk dijamah petang nanti
Selamat pagi teman!
salam daku pada drebar lori sampah
senyumnya lebar menyambut daku
sambil membuka pintu dia berkata
"Sedia melayan hari yang baru?"
Ah!
senyumnya kubalas sempit
sambil menutup pintu aku berkata
"Dimana lagi kan ku perah rezeki
kalau bukan pada hari?"
Lori sampah mula berjalan
mencari rezeki di titian zaman
bangkitnya fajar melihat kami pergi
Longgokan sampah pertama ditegur
baunya busuk,norma hari-hariku
Hey! Apa khabar Tom?
kehabisan ganjakah hari ini?
menggigil tak henti-henti
maaf,aku tak punya apa-apa tuk diberi
sampah dikutip inilah rezeki
Longgokkan sampah kedua ditegur
baunya kali ini busuk bercampur manis
Hey!Apa khabar Mona?
Kurang pelanggankah disiang hari?
wajahmu noda ditebal solek goda
Maaf,aku tak punya wang tuk melanggan kamu
sampah dikutip inilah rezeki
Longgokan sampah ketiga ditegur
baunya kali ini busuk yang loya
Hey!Anak siapakah ini?
tali pusatnya masih ada
tak bergerak lagi;dinafi nyawa
kan ku talifon polis selepas sampah kukutip
maaf,ku tak punya telefon bimbit untuk segera
sampah dikutip inilah rezeki
Ah!Mari teman!
seharian kita berkerja mengutip sampah
Ayuh pulang ke rumah!
Dan anak-anak kecil mencebik muka
menghalau lori sampah keluar dari kampung mereka
Tak mengapa teman
usah dimarahi mereka yang tak mengerti apa-apa
Kiranya kau dan aku teman
bau busuk adalah nafas-nafas harian
menjadi saksi kehidupan jalan belakang
dan menunggu siapnya satu hari
menunggu rezeki dibawa pulang kerumah nanti
Bau busuk ini bau rezeki yang halal
kan terbayar
dengan wangi syurga yang setimpal..
-S.Syahmi-
-Upnm,Sg.besi-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan